APMM tahan tiga bot nelayan Vietnam di perairan Kuantan - Utusan Malaysia

APMM tahan tiga bot nelayan Vietnam di perairan Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Keghairahan tiga bot nelayan Vietnam menangkap lebih dua tan hasil laut negara secara haram terbantut apabila mereka ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuantan, Pahang semalam.

Kesemua bot nelayan asing tersebut ditahan kapal maritim APMM yang sedang mengadakan rondaan pada kedudukan kira-kira 70 batu nautika dari timur perairan Kuantan pada pukul 5 petang.

Timbalan Pengarah Maritim Pahang (Operasi), Kapten Maritim, V. Pannir Selvan berkata, sewaktu ditahan, ketiga-tiga bot yang mempunyai 31 nelayan Vietnam berusia dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun itu sedang leka menangkap ikan di perairan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan mendapati kesemua bot nelayan yang ditahan itu didaftarkan di Vietnam dan tidak mempunyai permit untuk memasuki perairan negara bagi menangkap ikan.

“Kesemua nelayan yang ditahan itu juga tidak memiliki dokumen pengenalan dan permit kerja yang sah,” katanya pada sidang akhbar di Jeti Maritim Teluk Kalong dekat sini hari ini.

Pannir Selvan berkata, kesemua bot, hasil laut, minyak diesel dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai hampir RM3 juta telah disita dan ditunda ke Markas Maritim Kemaman dekat sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini