Lelaki sembunyi daun ketum atas bumbung kenderaan dicekup  - Utusan Malaysia

Lelaki sembunyi daun ketum atas bumbung kenderaan dicekup 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERANG – Taktik licik seorang lelaki menyembunyikan 16 bungkusan plastik hitam berisi 160 kilogram (kg) daun ketum di bahagian bumbung sebuah kenderaan pacuan empat roda tidak bertahan lama apabila dia ditahan polis di Naka di sini semalam.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di tepi jalan dalam kawasan Kampung Belukar kira-kira pukul 1 petang.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, dua anggota polis yang membuat rondaan di kawasan Naka bertindak menahan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dipandu suspek.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan mendapati bahagian bumbung kenderaan tersebut telah diubah suai dan anggota polis mengesyaki terdapat barang terlarang disembunyikan di situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, anggotanya kemudian membuka bahagian bumbung yang dijadikan tempat simpanan barang itu dan menemui 16 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum.

“Daun ketum yang dibawa suspek dianggarkan seberat 160 kg bernilai kira-kira RM4,800,” ujarnya.

Tambahnya, suspek yang merupakan penduduk tempatan didapati mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini