Warga emas ditemukan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Warga emas ditemukan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 16 April – Seorang warga emas ditemukan telah meninggal dunia di sebuah rumah di Desa Rhu dekat Sikamat di sini hari ini.

Mangsa, Abdullah Halim Jamaludin, 73, dipercayai tinggal seorang diri di rumah berkenaan ketika kejadian itu berlaku.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Kamaruzaimi Harith berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 10.22 pagi yang meminta bantuan membuka kunci pintu pagar rumah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sepasukan enam anggota bomba yang diketuai beliau tiba di rumah berkenaan kira-kira pukul 10.28 pagi.

“Kami menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap dengan kesan darah beku di kepala di sebuah bilik dalam rumah tersebut,” katanya.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia antara tengah malam tadi hingga pagi ini.

Kamaruzaimi berkata, kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini