Lori bawa beras, bihun terbalik - Utusan Malaysia

Lori bawa beras, bihun terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April – Keadaan lalu lintas di Kilometer 14.1 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), susur masuk ke Plaza Tol Subang dari arah Damansara, dekat sini sesak selepas sebuah lori treler yang membawa muatan bihun dan beras terbabas lalu terbalik di laluan tersebut.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu turut mengakibatkan kelindan lori cedera ringan di pinggang dan lutut manakala pemandunya tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pergerakan kenderaan perlahan di lokasi kejadian kerana hanya dua lorong sahaja dibuka untuk pengguna jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota trafik berada di lokasi untuk membuat kawalan sementara tumpahan muatan bihun dan beras di atas jalan raya dialihkan ke kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut mengenai kemalangan masih dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini