Xavier rasmi kempen sedut dan menang IWK - Utusan Malaysia

Xavier rasmi kempen sedut dan menang IWK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 April – Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) akan melancarkan kempen Sedut dan Menang khusus buat pemilik premis tangki septik individu di seluruh negara.

IWK dalam kenyataan berkata, kempen itu bakal dirasmikan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar di pinggiran Sungai Langat, Pusat Perdagangan Banting Selangor pada 20 April ini.

“Majlis ini juga bakal menyaksikan pelancaran aplikasi Indah Water, satu aplikasi yang memberi pelbagai kemudahan kepada pengguna antaranya semakan bil, membuat aduan dan mendapatkan perkhidmatan pengosongan tangki septik melalui telefon pintar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, aktiviti pembersihan sungai yang dikenali sebagai ‘Friends of Rivers’ bersama-sama dengan masyarakat setempat juga akan diadakan,” katanya di sini.

Menurut kenyataan itu, kempen tersebut sebagai usaha mempromosi dan menghargai para pelanggan agensi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini