Hamilton juarai perlumbaan F1 ke-1,000 - Utusan Malaysia

Hamilton juarai perlumbaan F1 ke-1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI 14 April – Lewis Hamilton meraih kemenangan paling istimewa apabila menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) ke-1,000 dalam Grand Prix China, hari ini.

Pemandu Mercedes itu memintas rakan sepasukan, Valtteri Bottas pada selekoh pertama, sebelum menguasai Litar Antarabangsa Shanghai.

Memulakan saingan dari petak kedua, kemenangan hari ini membolehkan Hamilton merampas kedudukan pendahulu kejuaraan pemandu dunia dengan mengumpul 68 mata daripada tiga perlumbaan, enam mata mengatasi Bottas manakala Sebastian Vettel dari Ferrari di tempat ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini adalah kemenangan keenam Hamilton dalam Grand Prix China, dan kejuaraan kedua berturut-turut musim ini selepas turut memenangi Grand Prix Bahrain, 31 Mac lalu.

“Kemenangan hari ini amat istimewa. Ia diraih pada perlumbaan F1 ke-1,000 dan lebih mengujakan, kami (Mercedes) berjaya mendominasi kedudukan 1-2. Semua ini akan terpahat dalam sejarah,” kata Hamilton. – AFP

KEPUTUSAN

1. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes-AMG) 305km satu jam, 32 minit, 08.734 saat

2. Valtteri Bottas (FIN/Mercedes-AMG) + 6.552s

3. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) + 13.744s

4. Max Verstappen (NED/Red Bull-Honda) + 27.627s

5. Charles Leclerc (MON/Ferrari) + 31.276s

6. Pierre Gasly (FRA/Red Bull-Honda) + 1:29.307s

7. Daniel Ricciardo (AUS/Renault) + 1 pusingan

8. Sergio Perez (MEX/Racing Point-Mercedes) + 1 pusingan

9. Kimi Raikkonen (FIN/Alfa Romeo Racing-Ferrari) + 1 pusingan

10. Alexander Albon (THA/Toro Rosso-Honda) + 1 pusingan

11. Romain Grosjean (FRA/Haas) + 1 pusingan

12. Lance Stroll (CAN/Racing Point-Mercedes) + 1 pusingan

13. Kevin Magnussen (DEN/Haas) + 1 pusingan

14. Carlos Sainz Jr (ESP/McLaren-Renault) + 1 pusingan

15. Antonio Giovinazzi (ITA/Alfa Romeo Racing-Ferrari) + 1 pusingan

16. George Russell (GBR/Williams) + 2 pusingan

17. Robert Kubica (POL/Williams) + 2 pusingan

18. Lando Norris (GBR/McLaren-Renault) + 6 pusingan

TIDAK MENAMATKAN PERLUMBAAN

Pusingan 17: Nico Hulkenberg (GER/Renault) masalah mekanikal

Pusingan 41: Daniil Kvyat (RUS/Toro Rosso-Honda) masalah mekanikal

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini