MB baharu perlu utamakan negeri, bukan kepentingan politik - Sultan Johor - Utusan Malaysia

MB baharu perlu utamakan negeri, bukan kepentingan politik – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 April – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri yang baru dilantik sebagai Menteri Besar baharu.

Sultan Johor bertitah, baginda berharap Dr. Sahruddin akan dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah, serta mengutamakan kepentingan negeri berbanding kepentingan diri atau politik.

“Ini demi kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran ekonomi negeri Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga mahukan beliau memberi keutamaan kepada isu pencemaran sungai bagi memastikan sumber air mentah sentiasa bersih dan mampu bertahan untuk jangka masa panjang,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Dr. Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-17 di Istana Bukit Serene di sini pagi ini menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan pada 8 April lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini