PRK Rantau: Bukti rakyat kenang jasa baik tanpa dipaksa - Khaled Nordin - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Bukti rakyat kenang jasa baik tanpa dipaksa – Khaled Nordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 13 April – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau membuktikan jasa yang baik akan terus dikenang oleh rakyat tanpa dipaksa.

Mohamed Khaled Nordin
MOHAMED KHALID NORDIN

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan itu juga membuktikan kerjasama UMNO-Pas adalah satu gelombang masyarakat yang membesar secara organik dan jujur.

Selain itu, katanya, masyarakat juga nampaknya mahu terus memberikan isyarat keras kepada kerajaan bahawa biar apa pun alasan digunakan untuk membalut kesilapan dasar dan keputusan yang tidak menyebelahi rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat akhirnya boleh berfikir dengan matang dan menilai secara adil akan kegagalan Pakatan Harapan (PH).

“Kemenangan itu juga adalah satu amanah yang besar kepada BN dan Pas, blok pembangkang harus terus bekerja keras untuk menyantuni dan membantu masyarakat yang saban hari dikecewakan oleh kerajaan semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, beliau secara peribadi dan keseluruhan pasukan BN serta Pas merakam setinggi-tinggi kesyukuran atas kemenangan Tok Mat di Rantau, sekali pun kemenangan manis itu sudah dijangkakan, ia tidak pernah melalaikan semua pihak.

Tambahnya, kesemua jentera parti, para pendukung BN dan PAS serta rakyat semua kaum setempat telah bekerja keras bagi membantu calon pilihan ramai daripada BN.

“Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada seluruh pendukung Tok Mat dalam PRK Rantau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini