PBB sangat bimbang dengan penahanan pakar Libya - Utusan Malaysia

PBB sangat bimbang dengan penahanan pakar Libya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 13 April – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ‘sangat bimbang’ terhadap tahanan terhadap pakar mereka di Tunisia baru-baru ini.

Jurucakap bagi Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata, penangkapan dan tahanan dibuat Pihak Berkuasa Tunisia terhadap Moncef Kartas ketika beliau melakukan tugas rasmi amat membimbangkan.

Katanya, Kartas ditahan pada 26 Mac lalu bersama 26 yang lain berikutan disyaki ‘mengintip bagi pihak asing’ menurut pihak berkuasa Tunisia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kartas kemudian dibawa menghadap hakim penyiasatan yang memutuskan penahanannya diteruskan pada Khamis lalu.

“Penahanan itu merupakan perlanggaran kepada keistimewaan dan imuniti yang dinikmati Kartas,” katanya.

Tambahnya, PBB telah bertemu dengan kerajaan Tunisia di peringkat tertinggi namun mereka gagal memberikan respons yang memadai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini