8 rakyat Malaysia sesak nafas hidu asap tebal - Utusan Malaysia

8 rakyat Malaysia sesak nafas hidu asap tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 12 April – Seramai 16 pelancong termasuk lapan rakyat Malaysia mengalami sesak nafas kerana terhidu asap tebal dalam kebakaran sebuah hotel enam tingkat di Sadao, Songkhla, selatan Thailand hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.25 pagi (waktu tempatan) itu, kesemua mangsa yang bercuti di wilayah itu sempena sambutan Songkran berjaya menyelamatkan diri dengan keluar ke balkoni bilik dan tingkap bangunan sebelum diselamatkan oleh orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Sadao, Leftenan Kolonel Winai Sakeeyasatien ketika dihubungi Bernama berkata, lapan rakyat Malaysia termasuk seorang wanita, kesemua berusia antara 24 dan 58 tahun, dihantar ke tiga buah hospital untuk menerima rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun katanya, lima daripada mereka dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar manakala tiga lagi masih meneruskan rawatan.

Beliau berkata, ketika kejadian seramai 30 pelanggan menghuni hotel 200 bilik itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini