RAPID:Jangan politikkan dan sebar berita palsu - Utusan Malaysia

RAPID:Jangan politikkan dan sebar berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 April – Semua pihak diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu dan mempolitikkan insiden letupan dan kebakaran di satu lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang dekat sini awal pagi tadi.

Jawatankuasa Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, pihaknya sudah diberikan taklimat oleh wakil pegawai setempat, Petronas dan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk pihak polis dan bomba.

“Saya dimaklumkan kejadian berkenaan mengakibatkan beberapa kerosakan kecil seperti cermin tingkap pecah, dinding rumah retak, siling retak di rumah penduduk kampung berhampiran seperti di Kampung Lepau dan kerajaan negeri akan memberikan bantuan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya amat berharap agar tidak ada pihak yang menyebarkan berita bukan-bukan dan mempolitikkan kejadian ini. Saya akan pastikan sekiranya terdapat kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan, ia akan ditangani sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

Sahruddin berkata, pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan kebakaran itu tidak merebak dan berjaya dikawal sepenuhnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini