Woods tetap positif di Augusta - Utusan Malaysia

Woods tetap positif di Augusta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGIA, Amerika Syarikat 12 April – Bekas pemain No.1 dunia, Tiger Woods tetap berpuas hati dengan catatan yang dilakukan pada hari pertama kejohanan golf Master 2019 di Kelab Golf Augusta National, Amerika Syarikat biarpun berada dalam kelompok 11 terbaik, hari ini.

Pemenang Master empat kali itu mencatat dua di bawah par 70 pukulan dalam aksi pusingan pertama.

Kata Woods, dia telah mempamerkan aksi positif malah berjaya mengawal permainannya dengan baik sepanjang 18 lubang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah melakukan apa yang perlu saya lakukan malah pukulan ketika menggunakan driver, iron juga amat bagus cuma keadaan lapangan di sini agak sukar untuk dibaca dengan baik.

“Esok saya akan bermula di sebelah petang dan mungkin keadaan angin agak kuat sedikit berbanding hari ini. Saya perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan,” kata Woods.

Dalam aksi hari ini, Woods melakukan empat birdie namun dua bogey di lubang lima dan 17 telah mengganggu catatan pemain dari Amerika Syarikat itu untuk saingan pusingan pertama Master 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini