BAKAT. Seramai 600 mahasiswa menyertai Karnival Teater Universiti Malaya (UM) 2019 yang diadakan di Panggung Eksperimen UM baru-baru ini.
Karnival tersebut bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mempertandingkan bakat dan idea dalam persembahan teater selain meraih pengalaman dalam bidang pengurusan teater.
Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni UM, Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman berkata, karnival itu menjadi platforn untuk pelajar mengasah bakat dalam semua aspek berkaitan teater di samping membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan diri.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pada karnival tersebut, teater bertajuk What’s Eating Gilbert Grape muncul sebagai juara.









