Jual rokok seludup waktu malam elak dikesan pihak berkuasa - Utusan Malaysia

Jual rokok seludup waktu malam elak dikesan pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH 11 April – Hanya dijual pada waktu malam.

Itu modus operandi yang dikesan digunakan oleh peniaga rokok seludup di negeri ini bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Selain itu, peniaga juga didapati menjual rokok seludup itu secara dalam talian dan kemudian menghantar terus kepada pembeli bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri, Datuk Saidi Ismail dalam operasi sekitar tiga bulan tahun ini, kira-kira 100,000 kotak rokok seludup pelbagai jenama bernilai hampir RM130,000 membabitkan cukai kira-kira RM800,000 telah dirampas.

“Kita mengesan modus operandi peniaga rokok seludup yang menjualnya di kedai-kedai runcit pada waktu malam dan turut menjualnya secara dalam talian.

“Dalam tempoh itu, 17 orang ditahan membabitkan kes rokok seludup selain ada yang menyimpan minuman keras tidak sah,” katanya di sini semalam.

JDKM negeri mengadakan Operasi Bersepadu Rokok dan Minuman Keras bersama Jabatan Imigresen negeri dan Majlis Perbandaran Seberang Perai di sini semalam.

Dalam operasi di dua buah kedai runcit itu, JKDM merampas kira-kira 30 kotak rokok disyaki tidak sah semasa operasi itu.

Selain itu, sembilan pekerja lelaki warga asing ditahan iaitu seorang warga Myanmar dan lapan warga Indonesia berusia 25 hingga 40 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan-kesalahan imigresen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini