Dana RM700 juta untuk koperasi - Utusan Malaysia

Dana RM700 juta untuk koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama Malaysia Bhd. (CBP) menyediakan dana berjumlah RM700 juta untuk Skim Pembiayaan Sektor Koperasi-Membangun Bersama CBP (Skim PSK) bagi membantu koperasi di negara ini mendapat kemudahan pembiayaan.

Dana tersebut akan diagihkan secara berperingkat menerusi enam produk pembiayaan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) .

Dana tersebut ialah Pem­biayaan Hartanah I, Pemfaktoran I, Pembiayaan i-Kontrak, Pembiayaan Penyambung-i, Pem­biayaan Berjangka-I dan Pem­biayaan Kredit Berputar-i.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi CBP, Kamari Zamari Juhari berkata, kesemua produk pembiayaan yang ditawarkan adalah patuh syariah.

“Skim PSK ini diperkenalkan untuk membantu koperasi yang menghadapi masalah kekura­ngan dana, selain membantu mereka memperkembangkan perniagaan seterusnya meningkatkan pendapatan.

“Penyediaan produk ini juga selaras dengan sasaran CBP bagi meningkatkan portfolio pem­biayaan bagi sektor koperasi daripada hanya 10 peratus buat masa ini kepada 30 peratus menjelang 2020,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Skim PSK di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi SKM, Datuk Nordin Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd. Nor Abd. Razak.

Menurut Kamari, jumlah pembiayaan yang ditawarkan bergantung kepada permintaan dan aktiviti koperasi yang memohon, namun berdasarkan pengalaman pihaknya sebelum ini, nilai yang diberikan tidak melebihi angka RM40 juta.

Sementara itu, Mohd. Nor pada ucapan pembukaan berkata, CBP memiliki 22 buah cawangan di seluruh negara dan pihaknya berhasrat untuk membuka empat buah cawangan tahun ini bertempat di Temerloh, Dungun, Tanah Merah serta Port Dickson dengan sasaran pembukaan tiga cawangan baharu setahun selepas itu.

Jelasnya, CBP sedang pesat berkembang dan kini pertubuhan itu memiliki kira-kira 87,000 orang anggota berbanding lebih 84,000 orang pada penghujung tahun lalu.

“Kami akan menjelajah ke setiap negeri bagi memberi penerangan dan mempromosikan produk pembiayaan kepada koperasi yang berpotensi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini