NAIROBI 11 April – Seorang lelaki di negara ini memutuskan untuk membina laluan dengan sanggup meredah belukar tebal, semata-mata bagi meringankan beban penduduk kampung ke kedai berdekatan.
Berbekalkan cangkul, penyodok dan kapak, Nicholas Muchami sehingga kini telah membuat laluan sepanjang 1.5 kilometer dalam tempoh enam hari.
Lapor BBC, laluan terbabit akan siap tidak lama lagi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Susulan usahanya itu, dia telah diangkat sebagai wira dalam kalangan penduduk kampung Kaganda.
Sebelum ini, penduduk kampung berkenaan terpaksa menggunakan laluan sejauh 4 kilometer untuk ke kedai berdekatan. – AGENSI









