Tindakan Najib serius, Parlimen ambil tindakan - Utusan Malaysia

Tindakan Najib serius, Parlimen ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 April – Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan kesalahan yang serius kerana memuat naik kandungan kertas putih Felda yang berstatus embargo dalam akaun Facebook miliknya semalam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Parlimen akan mengambil tindakan terhadap perbuatan Ahli Parlimen Pekan itu kerana melanggar peraturan mesyuarat.

Tegas beliau, tindakan itu sebagai peringatan bahawa tiada siapa yang lebih tinggi daripada peraturan Parlimen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini perbuatan yang serius kerana ini (Najib) bukanlah wakil rakyat yang baharu dilantik tetapi dilakukan oleh seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri.

“Tanpa mengambil kira peraturan Dewan Rakyat, beliau mencetak satu kertas yang telah embargo. Kita pandang serius perkata ini dan akan ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam Najib yang juga bekas Perdana Menteri memuat naik satu gambar yang menunjukan sebahagian daripada kandungan Kertas Putih Felda yang dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Kertas Putih Felda itu diletakkan status embargo dan hanya boleh didedahkan kepada umum selepas pukul 11.30 pagi tadi.

Menurut Peraturan Mesyuarat 95A, mana-mana pihak yang mendedahkan keseluruhan atau sebahagian dokumen mesyuarat Dewan Rakyat berstatus embargo, adalah melakukan perbuatan yang menghina Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini