PRK Rantau: Tolong jangan curi kain rentang saya - Malar - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Tolong jangan curi kain rentang saya – Malar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Calon Bebas, R. Malar kesal kerana kain rentang kempen beliau sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Suri rumah berusia 51 tahun itu berkata, beliau hanya memasang 10 kain rentang di sekitar Rantau bermula semalam dan satu daripadanya didapati telah hilang pagi tadi.

“Kain rentang itu saya pasang di hadapan sebuah surau petang semalam. Saya telah dapat keizinan daripada pihak surau. Pagi ini pasukan kempen saya dapati ia telah dicuri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pagi ini kami dapati kain rentang kami di Bulatan Mambau ditanggalkan oleh pihak yang kononnya mahu membuat pembersihan di situ. Tolong jangan curi kain rentang saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Malar berkata, beliau percaya tindakan pengecut oleh pihak tidak bertanggungjawab itu kerana takut dengan penerimaan pengundi Rantau ke atasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini