Etika, KPLTNJB jalin kerjasama bernilai RM100 juta - Utusan Malaysia

Etika, KPLTNJB jalin kerjasama bernilai RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 April- Etika Holdings (Etika) bakal muncul entiti utama industri pemprosesan susu segar di negara ini selepas menjalinkan kerjasama dengan Koperasi Penternak Lembu Tenusu Negeri Johor Bhd (KPLTNJB).

Etika dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menyelia aktiviti pemprosesan komersial susu segar dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI) berjumlah lebih daripada RM 100 juta untuk memacu industri tenusu di negara ini.


Katanya, pihak Etika juga akan menyediakan tangki penyejukan susu yang lebih besar bagi membantu penternak meningkatkan jumlah pengeluaran tenusu ternakan.

“Etika telah berperanan sebagai penyumbang utama kepada industri tenusu Malaysia sejak lebih dari lima dekad dengan jenama ‘Goodday’. Petani dan penternak lembu tempatan kita adalah tulang belakang yang akan membentuk sektor pertanian pada masa hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Inisiatif yang dirumus oleh Etika ini dapat dimanfaatkan secara langsung oleh penternak lembu dan perniagaan yang berkaitan dengan membantu memajukan aktiviti ekonomi mereka, yang akan menjurus kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE.


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini