Serah pada kebijaksanaan PM, Muhyiddin - Anwar - Utusan Malaysia

Serah pada kebijaksanaan PM, Muhyiddin – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 April – PKR menyerahkan kepada kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memilih Menteri Besar Johor

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebiasaannya parti tersebut akan dimaklumkan terlebih dahulu mengenai calon Menteri Besar sebelum bersetuju.


“Selalunya kami diberi maklum, (baharu) kami setuju. Mengenai pendirian ini, saya telah pun memaklumkan kepada Perdana Menteri dan Presiden Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

Memuatkan artikel berkaitan…


“PKR serah kepada bijaksanaan Perdana Menteri dan Muhyiddin untuk putuskan, itu pendirian kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Walau bagaimanapun, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu, bersandarkan konsensus gabungan tersebut, jika Menteri Besar sebelum ini daripada Bersatu maka parti yang sama juga sebagai pengganti.


“Calon Menteri Besar ini seperti konsensus PH, kita teruskan dengan cara berunding dan sekarang Bersatu jadi Menteri Besar,” katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu memberitahu, Dr. Mahathir hanya merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai hak mereka yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk menentukan calon.


“Perlembagaan itu jelas, mereka yang mendapat undian majoriti di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi persetujuan Sultan (untuk Menteri Besar) dan Yang di-Pertuan Agong (untuk Perdana Menteri) diperlukan dalam pelantikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini