Polis Selangor serbu pusat hiburan tawar khidmat seks - Utusan Malaysia

Polis Selangor serbu pusat hiburan tawar khidmat seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 April – Polis menahan 34 individu termasuk 18 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Cheras Perdana, dekat Balakong malam tadi.

Difahamkan, pusat hiburan tersebut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggannya dengan kadar RM400 satu malam manakala RM60 hingga RM100 bagi tempoh satu jam untuk berhibur di premis berkenaan.

Pemangku Pegawai Turus Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Superintenden Rozam Effandy Raslee berkata, pihaknya menyerbu premis hiburan tersebut kira-kira pukul 12 tengah malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain GRO warga Vietnam dan Indonesia tersebut, kita turut menahan empat lelaki warga Bangladesh serta 12 warga tempatan untuk membantu siasatan.

“Beberapa GRO cuba bersembunyi dalam ruangan audio di belakang pembesar suara bilik karaoke selain dua lelaki Bangladesh yang menyorok atas siling bagi mengelak ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rozam, premis berkenaan didapati beroperasi tanpa lesen sah dan pihaknya merampas beberapa peralatan audio, 21 botol minuman keras pelbagai jenama serta wang tunai RM887.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Akta Eksais 1976 dan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Selangor 1995. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini