Bubar DUN Johor elak kemelut berpanjangan - Utusan Malaysia

Bubar DUN Johor elak kemelut berpanjangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 April – Johor wajar membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan pilihan raya umum negeri (PRUN) diadakan bagi meredakan kemelut politiknya susulan peletakan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar.

Bendahari UMNO negeri, Datuk Md. Jais Sarday berkata, keputusan tersebut terletak pada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengikut mengikut Fasal 23(2) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Fasal tersebut menyatakan raja boleh menangguhkan atau memansuhkan DUN. Saya dengan rasa rendah diri berpandangan bahawa Sultan Ibrahim boleh membubarkan DUN berasaskan kepada beberapa perkara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara sebab DUN perlu dibubarkan kerana setelah 10 bulan Pakatan Harapan (PH) menerajui Kerajaan Negeri Johor, rakyat tidak dapat melihat dengan jelas hala tuju pentadbiran kerajaan negeri.

“PH tidak mempunyai barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedia ada yang mempunyai kredibiliti dan pengalaman untuk memimpin kerajaan. Oleh hal yang demikian, PH boleh membariskan bakal pimpinan negeri dalam PRUN,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Ketua UMNO Bahagian Kluang itu berkata, PRUN juga boleh memberi peluang kepada rakyat sekali lagi untuk memilih kerajaan yang lebih diyakini.

Pada masa sama katanya, PRUN dapat membersihkan dakwaan yang kononnya pihak istana terlibat dalam politik semasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini