Parlimen: Kertas Putih dibentang, suntikan RM6 bilion untuk Felda - Utusan Malaysia

Parlimen: Kertas Putih dibentang, suntikan RM6 bilion untuk Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion kepada Felda, berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan.

Ketika membentangkan Kertas Putih Felda di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dengan model baharu ini, Felda akan menyuntik tenaga baharu dan mengoptimumkan potensi untuk maju dan memodenkan industri pertanian.

“Wahai peneroka Felda, Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai keyakinan kepada kalian. Sama-samalah kita bangkit, bersatu dan maju bersama demi kegemilangan Felda, rakyat dan negara. Saya yakin Felda mampu bangkit semula”.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap usaha Kerajaan ini akan mendapat sokongan dan dukungan para peneroka untuk mengembalikan Felda sebagai sebuah agensi yang mampu mengangkat martabat peneroka Felda dan menjamin kelestarian Felda,” katanya.

Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Felda’  itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini