Tendangan ninja tikus kanggaru elak dibaham ular - Utusan Malaysia

Tendangan ninja tikus kanggaru elak dibaham ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN DIEGO, California – Sekumpulan saintis telah berkongsi rakaman beberapa ekor tikus kanggaru melakukan aksi akrobatik untuk melarikan diri malah menendang pemangsa seperti ular orok-orok di laman perkongsian video YouTube baru-baru ini.

Pelajar ijazah doktor falsafah San Diego State University, Malachi Whitford menjelaskan rakaman kamera terdahulu tidak cukup laju dan menunjukkan tikus itu seperti telah dipatuk serta mempunyai imuniti terhadap bisa ular. Imej baharu ‘tendangan ninja’ itu merungkai misteri tikus tersebut kerap terlepas daripada dibaham.

“Rakaman awal kami menggunakan kamera tidak cukup laju menyebabkan imej dirakam terlalu kabur khususnya saat-saat ular tersebut seolah-olah sudah mematuk tikus itu,” katanya dalam satu laporan diterbitkan Functional Ecology and the Biological Journal of the Linnean Society.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyelidik San Diego State University dan dua lagi universiti dari California menggunakan kamera berkelajuan tinggi bagi merakam detik-detik beberapa ekor tikus kanggaru membuat lompatan sebelum menendang ular sehingga pemangsa itu terpelanting ke belakang.Tikus kanggaru yang hidup di benua Amerika Utara juga mempunyai pendengaran sangat sensitif yang membolehkannya mengesan bunyi sedetik sebelum diserang pemangsa dan mengelak dengan aksi akrobatik. Ular orok-orok boleh mematuk pada kelajuan 70 milisaat tetapi tikus itu mampu bertindak balas dalam 38 milisaat sahaja. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini