Pindaan Akta MKN: PM tidak boleh punyai kuasa tak terhad - Utusan Malaysia

Pindaan Akta MKN: PM tidak boleh punyai kuasa tak terhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini bertujuan menyekat Perdana Menteri dari menggunakan kuasanya mengisytiharkan kawasan tertentu sebagai ‘kawasan keselamatan’, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Dan jika seseorang ditangkap (dalam kawasan keselamatan) mati, tidak akan ada siasatan. Jadi ini beri Perdana Menteri kuasa tentang hidup mati seseorang. Ini dahsyat, Perdana Menteri tidak harus punya kuasa itu.

“Kuasa itu harus ada pada Agong. Sekurang-kurang ada sekatan,” Perdana Menteri memberitahu pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pindaan itu bertujuan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai ‘kawasan keselamatan’.

Kuasa itu mengikut Akta MKN sebelum ini diperuntukkan kepada Perdana Menteri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini