Johor tidak ada Menteri Besar buat sementara waktu - Utusan Malaysia

Johor tidak ada Menteri Besar buat sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, Johor tidak mempunyai Menteri Besar buat sementara waktu.

Perdana Menteri berkata, pihaknya akan melantik pemangku Menteri Besar.

“Kita ada tiga empat nama (calon). Buat sementara waktu, Johor tidak ada Menteri Besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan lantik pemangku atau pun…,” katanya yang tidak meneruskan kenyataan tersebut dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya perlu menunggu untuk menyerahkan surat kepada Sultan Johor, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Walau bagaimanapun tegas beliau, tarikh berkuat kuasa Datuk Osman Sapian meletak jawatan adalah semalam.

“Katanya Sultan Johor tidak ada di sini, ada di luar negeri, jadi kita kena tunggulah. Tapi tarikh efektif adalah semalam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini