Seluruh warga bola sepak doakan Anuar - Utusan Malaysia

Seluruh warga bola sepak doakan Anuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin hari ini meluangkan masa menziarahi bekas pemain kebangsaan dan Selangor era 90-an, Anuar Abu Bakar di sebuah pusat perubatan swasta di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Anuar, ketua jurulatih skuad Piala Presiden UiTM FC yang genap berusia 48 tahun pada 28 April depan sebelum ini disahkan menghidap kanser hati tahap empat.

Hamidin secara peribadi telah mengenali rapat Anuar sewaktu menjadi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memandangkan Anuar pernah beraksi bersama Red Giants dari 1993 hingga 1997, malah turut membarisi barisan kejurulatihan skuad itu beberapa tahun kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pertemuan itu juga, Hamidin menyampaikan sumbangan daripada FAM dan juga sumbangan peribadi bagi membantu meringankan beban Anuar sepanjang tempoh rawatannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini