Teknologi sebagai alat maksimumkan kecekapan syarikat - Utusan Malaysia

Teknologi sebagai alat maksimumkan kecekapan syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Gabungan teknologi dalam perniagaan menjadikan syarikat lebih kompetitif, efektif dari segi kos dan membantu menyelesaikan kekangan yang ada, kata Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Bank Malaysia Bhd., Joel Kornreich.

“Teknologi seperti pengimbasan muka, biometrik dan blockchain merupakan ‘buzz word’ dan alat untuk kita.

“Saya fikir secara semula jadi anda akan menjadi lebih baik, lebih canggih dan bersaing dengan lebih baik. Gunakannya sebagai alat dengan cara yang betul,” katanya dalam sesi perbincangan panel pada Sidang Kemuncak Kewangan AGOS-Persidangan CFO 2019 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kornreich berkata, rakyat negara ini mempunyai keupayaan teknologi yang kukuh berbanding negara lain.

“Saya tidak fikir ia adalah isu besar (perubahan) cara berfikir dalam syarikat, mencari individu serta strategi untuk memikirkan alat yang tersedia dan cuba menggunakannya di tempat yang betul untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya,” katanya.

Dianjurkan oleh AGOS Asia, sidang kemuncak kewangan itu adalah acara tahunan yang menyoroti dan membincangkan mengenai kewangan dan perkhidmatan perkongsian kewangan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini