Dua lelaki ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 9 April – Dua lelaki yang dilaporkan hilang semasa menangkap ikan di pesisir pantai Kampung Tempurung, Kuala Penyu semalam ditemukan lemas pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, kedua-dua mangsa yang dikenali Ajiz Halis, 48, dan Halid, 14, ditemukan pasukan penyelamat dan penduduk kampung kira-kira tiga kilometer dari pesisir pantai berkenaan pada pukul 7.15 pagi tadi.

“Balai Bomba Kuala Penyu telah menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.14 petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua mangsa dikatakan keluar menangkap ikan pada pukul 7 pagi, namun dipercayai hilang di laut berikutan mereka tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang. Berikutan laporan itu, empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi mencari mangsa,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dimulakan semalam ditangguhkan pada pukul 7.42 malam dan disambung semula pada pukul 6.30 pagi tadi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini