[VIDEO] 300 murid sertai Program Membaca 30 minit - Utusan Malaysia

[VIDEO] 300 murid sertai Program Membaca 30 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Lebih 300 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1, di sini menyertai Program Membaca 30 Minit hari ini. 

Program yang bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12.00 tengah hari itu dijalankan serentak sempena Pra Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan dan Kempen Galakan Membaca Peringkat Negeri Pahang.

Guru besar sekolah berkenaan, W. Shamsul Bahari Mamat berkata, program tersebut melibatkan semua murid dan guru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini bukan sahaja disertai oleh murid kelas perdana bahkan turut melibatkan murid di kelas pendidikan khas dan pra sekolah.

“Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya malah murid-murid turut seronok kerana dapat membaca beramai-ramai,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurutnya, program tersebut berlangsung di kelas masing-masing bagi memudahkan kawalan murid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini