Dua anggota polis, seorang lelaki didakwa terima suapan RM9,700 - Utusan Malaysia

Dua anggota polis, seorang lelaki didakwa terima suapan RM9,700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 9 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini menahan tiga individu termasuk dua anggota polis bagi membantu siasatan kes menerima wang suapan bernilai lebih RM9,700 di sini semalam.

Menurut sumber, kedua-dua anggota polis berpangkat Sarjan dan Lans Koperal yang masing-masing berusia 27 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang dan 6.20 petang manakala lelaki yang berusia 45 tahun tersebut pula ditahan pada pukul 10.45 malam.

Katanya, Ketiga-tiga lelaki tersebut ditahan di Pejabat SPRM negeri selepas hadir memberi keterangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati kedua-dua anggota polis tersebut telah menerima wang suapan sebanyak RM9,700 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki air ketum.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya di sini hari ini.

Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkhamah Majistret di sini pagi ini dan dikena tahanan reman selama tujuh hari.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri, Ramli Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini