Salah guna ‘Filter’ untuk pamerkan ototnya - Utusan Malaysia

Salah guna ‘Filter’ untuk pamerkan ototnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 9 April- Penyerang Mesir, Mo Salah meraikan kemenangan pasukan Liverpool dengan memuat naik foto ke laman Instagram miliknya @mosalah.

Komen pemain pertahanan pasukan Reds, Dejan Lovren ternyata menarik perhatian ramai menerusi gambar yang mendapat sebanyak 1.5 juta ‘like’ daripada pengikutnya.

Menerusi komen Lovren, dia menulis Salah dikatakan menyunting foto berkenaan dengan meningkatkan kecerahan sebelum ia dimuat naik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya lihat kontras dan kecerahan dinaikkan dalam gambar ini. Salah guna ‘Filter’ untuk tonjolkan perut dan otot agar ramai yang kagum dengan fizikalnya,” tulis Lovren.

Salah memuat naik foto berkenaan sejurus kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Southampton, Sabtu lalu.

Kemenangan itu begitu penting untuk The Reds memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, selain bakal menentang Porto untuk pertemuan suku akhir pertama Liga Juara-Juara.

Selepas itu, mereka bakal berdepan Chelsea di Anfield bagi saingan Liga Perdana. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini