Arie Irawan sangat dedikasi - Utusan Malaysia

Arie Irawan sangat dedikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Pengerusi Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan Allahyarham Arie Irawan Fauzi sebagai antara bintang muda cemerlang persatuan itu yang sepatutnya bakal memberi impak kepada profesional golf dunia.

Ahmad Sarji yang sedih dengan kepergian bintang golf berusia 28 tahun itu berkata, Arie pernah memenangi tiga kali pada PGM Tour.

“Beliau seorang pemain golf yang dedikated dan pendekatannya terhadap profesional golf menjadi inspirasi kepada pemain profesional muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala mencucuri rahmat ke atas rohnya dan keluarganya bersabar atas kepergiannya,” beliau disebut sebagai berkata dalam kenyataan dikeluarkan oleh PGM, semalam.

Arie dilaporkan mati di bilik hotelnya di Sanya, China semalam.

Beliau berada di sana kerana menyertai Kejohanan Sanya, acara kedua dalam musim PGA Tour Series-China 2019.

Arie Irawan menjadi pemain profesional pada April 2013.

Pada Januari 2015, beliau meraih kemenangan pertama pada Official World Golf Ranking points event di Kejohanan Sime Darby Harvard PGM di Asian Development Tour dan dengan itu, Arie menjadi pemain golf di kedudukan teratas di Malaysia dalam ranking dunia. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini