74 bakal mengundi awal di Pangkalan Udara Sendayan - Utusan Malaysia

74 bakal mengundi awal di Pangkalan Udara Sendayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 9 April – Pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Sendayan di sini mula dibuka tepat pukul 8 pagi tadi.

Ia merupakan salah satu daripada dua pusat yang dibuka sempena PRK ini dengan sebuah lagi di Balai Polis Rantau.

Seramai 110 orang daripada jumlah keseluruhan 118 orang pengundi awal akan menjalankan tanggungjawab mereka hari ini dan daripada jumlah tersebut, 74 orang anggota tentera serta pasangan akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua pusat pengundian awal tersebut akan ditutup pada pukul 12 tengah hari ini.

Sementara itu, setakat ini dua daripada empat calon yang bertanding turut meluangkan masa meninjau proses pengundian yang dijalankan.

Calon Pakatan Harapan (PH) Dr. S. Streram tiba di dewan itu kira-kira pukul 8.55 pagi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan tiba lima minit kemudian.

Terdapat 20,926 pengundi di Rantau dengan 118 pengundi awal dan empat pengundi luar negara. Hari pengundian biasa akan diadakan pada 13 April ini.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang membatalkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Mei tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini