Gesa rakyat beri pandangan RUU Kedudukan Sabah, Sarawak - Utusan Malaysia

Gesa rakyat beri pandangan RUU Kedudukan Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 April – Rakyat digesa memberi pandangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung.

Liew Vui Keong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, pandangan tersebut perlu diutarakan kepada Ahli Parlimen masing-masing, susulan rang undang-undang itu dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mendesak rakyat untuk menterjemahkan pandangan dan memberikannya kepada Ahli Parlimen masing-masing bagi membolehkan mereka berbahas di Dewan Rakyat bagi berkongsi pandangan itu.

“Ini adalah forum untuk mereka, ini adalah masanya untuk rakyat di Malaysia berkongsi pandangan masing-masing,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

RUU tersebut telah dibentangkan untuk bacaan pertama, Khamis lalu.

Mengulas lanjut, Vui Keong memberitahu, pembentangan RUU itu dijangka mengambil masa yang lama dan boleh berlanjutan hingga malam.

“Kami ada menteri-menteri dan timbalan menteri. Jadi anda boleh mengira jumlah Ahli Parlimen (yang ingin berbahas).

“Tetapi saya rasa semua orang mahu berdebat kerana ini adalah mengenai negara dan saya rasa yang baik,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi memberitahu, kerajaan akan mempertimbangkan untuk menambah dua perkataan iaitu ‘Borneo’ dan ‘selaras dengan perjanjian’.

“Saya fikir kalau kami melakukan apa yang mereka minta dengan menambah beberapa perkataan, saya fikir mereka akan sokong sebab itu yang diinginkan,” katanya.

Pada 4 April lalu, sebelum RUU itu dibacakan kali pertama, Dewan Rakyat kecoh apabila ramai Ahli Parlimen khususnya dari Sabah dan Sarawak bangkit membantah pembentangan berkenaan termasuk mendakwa tidak menerima notis dalam tempoh 24 jam bagi meneliti kandungannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini