Kes dadah anak: Mat Sabu serah pada undang-undang - Utusan Malaysia

Kes dadah anak: Mat Sabu serah pada undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini berkata, beliau menyerahkan kepada proses undang-undang untuk mengadili pendakwaan kes anak beliau yang sebelum ini disiasat di bawah kesalahan dadah.

“Saya serahkan kepada pengamal undang-undang. Tiada ada komen apa-apa (berhubung pendakwaan),” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu jawapan bertulis Dewan Rakyat bertarikh 4 April menyebut, siasatan bagi kes kesalahan melibatkan anak menteri telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara dan dijangka dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media pada 5 Januari lepas melaporkan anak lelaki Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam adalah antara dua lelaki ditahan dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan, di Jalan Ampang.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan bersama rakannya berusia 33 tahun apabila didapati positif dadah jenis ganja.

Mohamad sebelum ini juga dilaporkan berkata anaknya sama seperti anak orang lain yang tertakluk kepada proses undang-undang negara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini