Pelajar 17 tahun jadi pengedar dadah - Utusan Malaysia

Pelajar 17 tahun jadi pengedar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun yang sudah setahun bergiat dengan kegiatan pengedaran dadah antara 266 orang yang ditahan dalam Ops Perdana Khas oleh Agensi Antidadah Kebang­saan (AADK) bermula 1 April hingga hari ini.

Operasi yang dilakukan pasukan Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (Strike) AADK itu dilakukan selama tujuh hari di semua daerah di negeri ini.

Pelajar tersebut ditahan semasa menjalankan aktiviti penjualan pil kuda dengan pelanggannya kira-kira pukul 8.30 malam Selasa lalu di tepi jalan Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan pengarah ADDK Kelantan, Aman Mustapha berkata, pelajar itu menggunakan aplikasi WhatsApp  untuk menjalankan urus niaga  dadah kepada pembeli di sekitar daerah Pasir Puteh.

“Pelajar tersebut kini ditempatkan selama tiga bulan di Pusat Perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan CCSC Kemahang Tanah Merah.“Ops Perdana itu telah dilaksanakan beberapa kawasan berisiko tinggi di bawah program perangi dadah habis-habisan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, kawasan zon merah yang digempur adalah daerah Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Bachok, Machang , Kuala Krai dan Gua Musang.

“Operasi ini telah melibatkan 38 pegawai dan anggota Strike  dan 63 orang pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaaan dan Keselamatan AADK daerah.

“Seramai 206 orang berusia 17 hingga 58 tahun telah ditahan selepas didapati positif ujian saringan air kencing manakala dua orang telah ditahan memiliki dadah dan 19 orang telah ditahan kerana kesalahan lain,” katanya.

Jelasnya, dalam operasi itu pasukan Strike merampas sebanyak 147 biji pil kemerahan disyaki dadah pil kuda, 4,406 botol ubat batuk dan 233 kilogram daun ketum. – K! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini