Bendera BN terbang tinggi di Rantau - Utusan Malaysia

Bendera BN terbang tinggi di Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 7 April – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bertambah meriah dengan pelbagai gelagat dan kaedah yang digunakan oleh parti yang bertanding menarik perhatian orang ramai terutamanya para pengundi.

Hari ini, sebuah paramotor (payung terjun bermotor) berlegar selama kira-kira 20 minit mengelilingi sekitar pekan Rantau.

Ia membawa bendera besar Barisan Nasional (BN) dan bendera kecil UMNO dan negeri Pahang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaedah yang pertama kali dilihat di Rantau ternyata menarik perhatian orang ramai yang menjalankan pelbagai urusan pada hujung minggu di pekan berkenaan.

Cara itu ternyata sesuatu yang baharu berbanding pemasangan bendera dan poster di kawasan DUN seramai 20,926 pengundi itu.

Calon BN bagi PRK itu, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, banyak pihak dan rakan yang datang membantunya dalam kempen itu dan ada di antaranya yang beliau sendiri tidak ketahui.

“Banyak poster, kain rentang, bendera dan kaedah lain yang pelbagai. Saya ucapkan terima kasih kerana membantu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini