Barca kian hampiri gelaran - Utusan Malaysia

Barca kian hampiri gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 7 April – Luis Suarez dan Lionel Messi masing-masing meledak gol untuk menumbangkan 10 pemain Atletico Madrid semalam, sekali gus melebarkan kelebihan 11 mata dalam merebut gelaran La Liga.

Diego Costa dibuang padang pada minit ke-28 di Camp Nou selepas menghina pengadil Gil Manzano pada ketika Atletico beraksi dengan baik dalam hampir tempoh 30 minit, sebelum Suarez dan Messi memanfaatkan kekurangan tersebut untuk menang 2-0.

Kemenangan itu menyaksikan Barca hampir pasti mengucup trofi La Liga pada ketika berbaki 7 perlawanan, malah menyuntik semangat untuk mereka berdepan Manchester United dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Rabu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga mata penting berjaya diraih kami. Kami kian menghampiri (gelaran),” kata pengendali Barca, Ernesto Valverde.

Sementara itu, Suarez berkata, kemenangan tersebut sangat bermakna kerena membolehkan Barca berada di kedudukan terbaik untuk menjulang trofi musim ini lebih awal.

“Ia melebarkan lagi jurang mata. Kami bukan hanya membuat satu, tetapi dua langkah ke hadapan,” kata Suarez.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini