Remaja jual Xbox untuk hadiahkan ibu kereta - Utusan Malaysia

Remaja jual Xbox untuk hadiahkan ibu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEORANG remaja lelaki dari Nevada, Amerika Syarikat sanggup menjual permainan Xbox kesayangannya untuk membeli sebuah kereta buat ibunya.

William Preston menyedari kesukaran ibunya menguruskan keluarga kerana tidak mempunyai kenderaan.

Bagi memudahkan urusan harian wanita itu, William nekad menjual permainan video kesayangannya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ibunya, Krystal Preston berasa cukup terharu dengan tindakan anaknya dan berkata dia hampir berputus asa dalam meneruskan hidup kerana kesukaran yang dialami.

“Saya berasa amat tidak berdaya, namun anak saya memberikan kekuatan supaya boleh terus berdiri dan meneruskan hidup bersama mereka.

“Setiap dugaan pasti ada hikmahnya dan ganjaran baik yang menanti,” ujar wanita tersebut.

Bagi William, sebagai anak sulung daripada sebuah keluarga berpecah, dia berasa bertanggungjawab menjaga keluarganya itu.

“Saya banyak menonton video tentang anak yang menghadiahkan sesuatu kepada ibu mereka.

“Ia secara tidak langsung mempengaruhi saya untuk menghadiahkan kereta kepada ibu bagi memudahkan urusan hariannya,” jelas remaja itu.

Dia ternampak iklan kereta di laman sosial Facebook dan tertarik dengan harganya yang murah.

Dia terus menghubungi pemilik kenderaan tersebut dan bertanya sekiranya dia boleh membuat sebarang pertukaran barang untuk membeli kereta itu.

Pada mulanya, pemilik kenderaan itu tidak bersetuju dengan tawaran yang dibuat William, namun selepas mengetahui kereta itu ialah untuk ibunya, dia kemudian bersetuju.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini