Pelancong Malaysia rakam aksi penyeluk saku - Utusan Malaysia

Pelancong Malaysia rakam aksi penyeluk saku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINGGU lalu, seorang pelancong Malaysia berjaya merakam aksi profesional penyeluk saku di kota Paris, Perancis dan menjadi tular di laman sosial.

Jejaka tersebut yang dikenali sebagai Naufal berjaya merakamkan aksi dua orang wanita yang dipercayai merupakan warga tempatan di Paris sedang melakukan jenayah tersebut.

Biarpun berada di tempat awam dan pada waktu siang, ia langsung tidak menghalang kedua-dua orang wanita itu melakukan jenayah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam paparan video yang dikongsi Naufal, dapat dilihat dua wanita berjalan menghampiri mangsanya dan menyeluk ke dalam beg tangan mereka.

Aksi tersebut berjaya dirakam oleh kamera aksi GoPro miliknya.

Naufal mengakui, tiada sesiapa pun yang menyedari aksi dua orang wanita terbabit biarpun mereka bergerak dalam kumpulan besar kerana ia dilakukan secara profesional.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini