PKNP buat Penyu menangis - Utusan Malaysia

PKNP buat Penyu menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 April – Beraksi di tempat sendiri dengan sokongan ribuan penyokong tuan rumah gagal membantu Terengganu daripada dikejutkan 1-2 oleh PKNP FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Ini adalah kekalahan liga kedua berturut-turut buah skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim selepas tewas 0-1 kepada Selangor dalam aksi terakhir di Stadium Shah Alam, 29 Mac lalu.

Kekalahan ini menyebabkan skuad Penyu jatuh ke tangga ketujuh liga dengan sembilan mata manakala PKNP yang hanya mencatat kemenangan kedua liga musim ini keluar dari zon penyingkiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua jaringan Giancarlo Rodrigues dalam tempoh seminit iaitu sepakan penalti pada minit ke-45 dan rembatan minit ke-46 memberikan kekalahan ketiga buat Terengganu.

Ketiadaan bintang tengah berbisa, Lee Tuck yang dibelenggu kecederaan jelas menjejaskan bahagian tengah Terengganu, malah Kipre Tchetche untuk juga gagal menunjukkan sumbangan meyakinkan buat skuad Penyu.

Ahmad Syamim Yahya berjaya menceriakan penyokong tuan rumah apabila merapatkan kedudukan menerusi rembatan jarak dekat pada minit ke-72, begitunya jaringan itu tidak dapat membantu Terengganu daripada dimalukan di laman sendiri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini