Filipina ancam hantar tentera jika China ceroboh Pagasa - Utusan Malaysia

Filipina ancam hantar tentera jika China ceroboh Pagasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 6 April – Filipina mengancam untuk menghantar pasukan tenteranya dalam ‘misi bunuh diri’ sekiranya Beijing tidak berundur daripada wilayah pertikaian Laut China Selatan.

CNN Filipina melaporkan, Presidennya, Rodrigo Duterte mengeluarkan ancaman tersebut dalam perhimpunan di Puerto Princesa, Palawan.

Kelmarin Manila mendakwa 275 bot dan kapal China menceroboh Pulau Thitu atau Pagasa dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Marilah kita menjadi rakan tetapi jangan sentuh pulau Pagasa dan selebihnya.

“Jika masih ke sana, itu cerita berbeza. Saya akan memberitahu tentera saya untuk bersedia untuk misi membunuh diri,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini