Kenyataan seorang Ahli Majlis Perbandaran di Kulai, Johor tidak berasas - Peka - Utusan Malaysia

Kenyataan seorang Ahli Majlis Perbandaran di Kulai, Johor tidak berasas – Peka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) kecewa dengan kenyataan tidak berasas seorang Ahli Majlis Perbandaran di Kulai, Johor yang didakwa memburuk-burukkan program dilaksanakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Pengarah (Pengurusan) Program Kebajikan Khidmat Imigran (PKKI) Peka, Simon Ee Yoong Pin dalam kenyataannya berkata, dakwaan itu dibuat oleh Ahli Majlis Perbandaran berkenaan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini.

“Kenyataan Ahli Majlis Perbandaran itu telah mengelirukan masyarakat tentang kegunaan sebenar kad hak milik Peka yang dikeluarkan kepada setiap ahli dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ahli Majlis Perbandaran itu telah dengan niat jahat memalukan, memburukkan nama dan memberi gambaran salah serta maklumat palsu berhubung program yang dilaksanakan tanpa merujuk ke pejabat Peka sebelum mengeluarkan kenyataan media,” katanya di sini hari ini.

Yoong Pin berkata, Ahli Majlis Perbandaran tersebut turut mendakwa Peka menggunakan khidmat orang dalam kerajaan untuk mengeluarkan dokumen yang diperlukan ahlinya tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

“Kenyataan itu telah disebar luas oleh banyak pihak sehingga menimbulkan salah faham antara pihak berkuasa. Peka sebuah NGO yang menjalankan program menurut perlembagaan undang-undang tubuh yang diluluskan oleh kerajaan.

“Seperti diketahui umum, matlamat program Peka membantu mencari jalan penyelesaian isu yang melibatkan ahlinya dan menjelaskan tentang hak-hak pekerja dan undang-undang buruh antarabangsa. Setiap ahli akan mendapat pembelaan dan keistimewaan supaya tidak menjadi mangsa penipuan sindiket,” katanya.

Beliau berkata, Peka telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini bagi membolehkan NGO itu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Majlis Perbandaran tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini