Penganjuran acara sukan di Langkawi pacu pembangunan - Mahathir - Utusan Malaysia

Penganjuran acara sukan di Langkawi pacu pembangunan – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penganjuran beberapa acara sukan antarabangsa termasuk Le Tour de Langkawi (LTdL) di Pulau Langkawi memberikan sumbangan positif kepada pembangunan ekonomi Langkawi dan Malaysia secara umum, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang mencetuskan idea penganjuran acara perlumbaan basikal berprestij di Asia itu pada 1993 berkata, pemilihan Langkawi sebagai salah satu laluan dalam edisi tahun ini, akan memperkenalkan keindahan dan keunikan Malaysia dan Langkawi kepada dunia, selain menjadi hab bagi pelancongan sukan.

Langkawi akan menjadi tuan rumah pusingan akhir dan peringkat akhir (peringkat lapan) LTdL 2019 yang bermula esok hingga 13 April.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini, harapan, impian atau cita-cita ini menjadi kenyataan. Tahun ini sahaja, Langkawi menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan antarabangsa – ragbi, kapal layar, bola tampar pantai, perlumbaan bot naga, tenis dan maraton.

“Dan ini adalah acara tahunan yang kembali ke Langkawi selama bertahun-tahun, membawa bersama bukan sahaja peserta yangt bersaing tetapi penonton yang semuanya menjadi pelancong akhirnya,” katanya dalam ucapannya pada majlis memperkenalkan pasukan-pasukan LTdL 2019 di Esplanade Suria KLCC, di sini malam ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini