Pahang tidak akan tunduk - Utusan Malaysia

Pahang tidak akan tunduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 4 April – Kerajaan negeri tidak akan tunduk dengan desakan pihak tertentu supaya membatalkan operasi memusnahkan tanah dan kebun haram di Cameron Highlands.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, operasi membanteras penerokaan tanah haram di Cameron Highlands dan juga di daerah lain di negeri ini perlu diteruskan bagi menjaga alam sekitar.

Jelasnya, ketegasan itu juga bertujuan mengelakkan ketirisan pendapatan kerajaan ne­geri hasil daripada pertanian, perlombongan dan pembalakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi memusnahkan 61 kebun haram dengan keluasan berjumlah kira-kira 55 hektar di Cameron Highlands bulan lalu adalah manifestasi ketegasan kerajaan negeri.

“Penguatkuasaan terhadap pencerobohan yang berlaku di ri­zab sungai dan rizab jalan yang berada dalam kawasan tadahan air di Kuala Terla khususnya Sungai Ichat di bawah Mukim Ulu Telom sangat wajar,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penutupan Operasi Bersepadu Aktiviti Penguatkuasaan Kawasan Lombong Hutan Lipis (Ops Lombong 4.0) di Penjom Gold Mine Kuala Lipis di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri dijangka memperoleh pendapatan tambahan RM200 juta tahun ini hasil kenaikan premium cukai balak yang berkuat kuasa Jun tahun lalu.

Beliau berkata, pendapatan daripada premium cukai balak itu meningkat sekali ganda berbanding RM100 juta tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini