MBPJ kaji masalah perkhidmatan AirBnB - Utusan Malaysia

MBPJ kaji masalah perkhidmatan AirBnB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 April – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengkaji dan mengumpul maklum balas daripada semua pihak berkepentingan sebelum tindakan lanjut diambil berhubung masalah perkhidmatan AirBnB (air bed and breakfast) di kawasan kejiranan.

MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan daripada penduduk mengenai masalah perkhidmatan AirBnB sejak perkhidmatan itu ditawarkan pada tahun 2017 di sekitar Petaling Jaya.

“Oleh itu, MBPJ telah mengadakan bengkel Menangani Isu Aktiviti Penginapan Komersial di Bangunan Kediaman di Dewan Banquet, Dewan Sivik MBPJ untuk membincangkan isu tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga kini, perkhidmatan AirBnB masih belum mempunyai instrumen kawalan atau garis panduan khas di peringkat PBT dan Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Perasmian bengkel berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelesenan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Nor Haslynda Wan Rahim dengan penyertaan seramai 500 peserta terdiri daripada penduduk, wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, perkhidmatan AirBnB itu berperanan memberi pelbagai pilihan penginapan kepada pelancong pada harga yang lebih murah di samping menjana pendapatan sampingan kepada pemilik unit kediaman.

“Sewaan jangka masa pendek melalui perkhidmatan ini telah menarik minat dan mendorong orang ramai mengusahakan AirBnB.

“Sebanyak 1,685 unit kediaman telah menawarkan perkhidmatan AirBnB ini di sekitar Petaling Jaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini