Finas tawar geran buat peserta terbaik Anugerah FiTA Wave - Utusan Malaysia

Finas tawar geran buat peserta terbaik Anugerah FiTA Wave

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menawarkan geran perfileman kepada lima penyertaan terbaik Anugerah Filiem Pendek Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) Wave 2019.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, langkah itu bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan generasi muda khususnya untuk terlibat dalam industri seni di negara ini sebagai pengarah filem.

Bagaimanapun, katanya, tema filem yang akan dihasilkan untuk ditayangkan di layar perak belum lagi tentukan pihaknya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemberian geran ini tidak akan menyebabkan pemenangnya terikat dengan Finas. 

“Ini merupakan pendekatan supaya Finas lebih mesra kepada generasi muda dan ketelusan serta keterbukaan dalam penerimaan geran sejajar dengan dasar kerajaan kini,” katanya pada sidang akhbar FiTA Wave 2019 di Bangunan Canseleri Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim. 

Anugerah Filiem Pendek FiTA Wave 2019 itu merupakan kerjasama UiTM, Finas, Jabatan Pendidikan Tinggi, Yayasan Hasanah dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) menyasarkan 200 penyertaan dengan majlis anugerah diadakan pada 14 Jun depan. 

Sementara itu, Pengarah Penyertaan FiTA Wave, Dr. Norman Yusri menjelaskan tema filem pendek itu menekankan pendidikan, seni warisan budaya, pembangunan sosial dan alam sekitar dengan tarikh tutup penyertaan pada 2 Mei depan. 

“Ia terbuka kepada tiga kategori iaitu pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti awam serta swasta dengan 46 penyertaan diterima setakat ini. 

“Pembikinan filem pendek ini dapat dijadikan sebagai budaya seni gambar bergerak dan boleh digunakan sebagai tujuan pembelajaran untuk menyampaikan mesej dan hasrat kepada orang ramai,” katanya. 

Justeru, orang ramai yang mengetahui lebih lanjut mengenai termasuk pendaftaran boleh melayari laman sesawang http://fitawaveawards.com/. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini