PRK Rantau: Tok Mat mengalu-alukan kedatangan Najib malam ini - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Tok Mat mengalu-alukan kedatangan Najib malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Sendayan malam ini. 

Ahli Parlimen Pekan itu menerusi laman Facebook beliau memaklumkan, beliau akan berada di Shamiera Tomyam di Bandar Sri Sendayan pada pukul 9.30 malam.

“Pukul 11.00 malam pula saya nak turun bersama jentera BN jumpa penduduk di Bilik Gerakan PDM (Pusat Daerah Mengundi) Sendayan di Felda Sendayan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pada satu sidang akhbar hari ini berkata, beliau mengalu-alukan kedatangan Najib ke Sendayan bagi membantu kempennya di Rantau.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, kedatangan bekas Presiden UMNO itu mempunyai makna yang besar kepada penduduk di kawasan itu.

“Saya harap penduduk dan masyarakat akan keluar memberi sambutan yang mesra kepada beliau,” katanya.

Najib namun dijangka terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib di Surau An-Nur, Bandar Sri Sendayan sebelum bergerak ke Masjid Sendayan untuk solat Isyak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini