Zidane kalah buat kali pertama - Utusan Malaysia

Zidane kalah buat kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 4 April – Real Madrid mengalami kekalahan pertama sejak kembali diambil alih oleh Zinedine Zidane apabila kalah mengejut 1-2 kepada Valencia dalam saingan La Liga, hari ini.

Kekalahan itu membuktikan mengapa Real perlu berbelanja untuk mengukuhkan pasukan musim depan, terutama selepas masih merasai kehilangan Cristiano Ronaldo.

Dalam aksi di Mestalla, Valencia mendahului pada minit ke-35 menerusi Goncalo Guedes yang menyudahkan hantaran Carlos Soler.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ezequiel Garay menghukum Real dengan meledak gol kedua Valencia selepas menanduk sepakan sudut Dani Parejo pada minit ke-83.

Real cuba bangkit menerusi jaringan Karim Benzema, namun gol itu hadir terlalu lewat ketika saingan memasuki minit ketiga waktu kecederaan.

Valencia kini tidak kalah dalam 17 perlawanan (semua pertandingan) untuk melonjak ke tangga kelima, hanya satu mata di belakang Getafe yang menduduki tangga keempat iaitu slot terakhir ke Liga Juara-Juara.

Real kekal di tangga ketiga, lima mata ditinggalkan pasukan tangga kedua, Atletico Madrid manakala Barcelona mengungguli liga dengan kelebihan 13 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini